Produk syarikat: Tudung, pakaian muslimah, dan produk kosmetiks
Shif kerja:
Ahad - Khamis, Morning shift (hadir kerja di butik): 10am - 6.30pm (break 1pm - 2pm)
Jumaat & Sabtu, Fullday shift (hadir kerja di butik): 10am - 10pm (break 1pm - 2pm & 5pm - 6pm)
Cuti mingguan adalah pada hari Jumaat / Sabtu
TANGGUNGJAWAB SOCIAL MEDIA HOST LIVE
Bersiaran langsung/’live’ setiap hari di platform media sosial Hayda.
Memperkenalkan dan mempromosi produk Syarikat kepada pelanggan secara online melalui Instagram, Page, Facebook, Tik Tok dan lain-lain medium sosial Syarikat.
Berkomunikasi, menjaga hubungan dan mendapat maklumbalas langsung dengan pelanggan-pelanggan Syarikat secara online melalui Butik Hayda, Facebook, Tik Tok, Instagram dan lain-lain medium sosial Syarikat.
Menyediakan material marketing seperti melakukan video pendek ataupun ‘photoshoot’ untuk siaran-siaran pemasaran produk Syarikat
Bertindak sebagai hos rasmi Syarikat di mana-mana seminar, program, aktiviti Syarikat.
Melaksanakan tugasan harian dan ‘ad hoc’ berkaitan yang diarahkan oleh pihak Pengurusan dari masa ke semasa.
Terlibat dalam jualan harian terutamanya di Butik Hayda yang melibatkan komunikasi, hubungan dan jualan antara pelanggan Hayda
KEPERLUAN
Warganegara Malaysia, dan berumur 18 tahun dan ke atas.
Berpersonaliti dan perwatakan yg menarik.
Boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Mesra, positif, ceria, petah bercakap dan tidak malu berhubungan dengan prospek.
Berpengalaman melakukan ‘live’ di media sosial ialah satu kelebihan
Pendidikan Minima Sijil Pelajaran Malaysia.
Keutamaan jawatan terbuka calon yang mempunyai pengalaman.
Boleh bekerja secara berkumpulan dalam pengawasan yang minima.