LOKASI PENEMPATAN KERJA Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd (PDT) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Melaksanakan Due-diligence bagi membeli dan menjual instrumen kewangan seperti forex, saham dan indeks serta memahami dan menganalisis trend dan perkembangan semasa pasaran pelaburan; 2. Menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran untuk menentukan daya maju pelaburan; 3. Memantau dan mengurus portfolio pelaburan syarikat serta mengikuti perkembangan terkini melalui pelbagai sumber berita dan perkembangan ekonomi kewangan semasa; 4. Memastikan ketepatan dan daya maju prospektus pelaburan untuk tujuan pelaburan syarikat; 5. Menjadi Sekretariat Jawatan Kuasa Pelaburan Kumpulan PDT; 6. Membantu meneliti organisasi dan individu secara langsung untuk mengenalpasti peluang projek baru dan pasaran yang berpotensi; 7. Membantu menghasilkan model kewangan dan proses model kewangan projek, Cost Benefit Analysis kewangan projek dan menghasilkan strategi bagi pengurusan pendapatan serta kos sesuatu projek; 8. Membantu rundingan komersil dan memberikan saranan struktur model perniagaan berdaya maju yang dapat menghasilkan kerjasama strategik bagi membuat keputusan pelaburan dan usahasama terbaik; 9. Melaksanakan kajian dan memberikan cadangan penubuhan, penggabungan, pengambilalihan dan penstrukturan syarikat; dan 10. Melaksanakan arahan kerja dari Eksekutif Komersial, Timbalan Presiden Kanan Korporat dan Kewangan (TPKC&F), Ketua Eksekutif dan Pengursan Tertinggi dari semasa ke semasa. SYARAT DAN KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda pengkhususan Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi / Kewangan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; 3. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya SATU (1) tahun di dalam bidang berkaitan dan GRADUAN BARU yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi boleh dipertimbangkan; 4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; 5. Mahir di dalam analisis dan tafsiran penyata kewangan; 6. Mempunyai pengetahuan tentang isu dan objektif utama dan kemahiran dalam komputer.
Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 6 months
Pay: RM1,800.00 per month Benefits: