Sertai Kami / Join our team!
Kami sentiasa menggalakkan, membimbing serta memberi hak dan kuasa kepada setiap pekerja supaya mereka boleh menjadi versi mereka yang terbaik! Sila melihat syarat-syarat bawah sebelum memohon perkerjaan yang disebutkan.
Permohonan Pekerjaan
Transporter/ Driver/ Penghantar Barang
Tugas pekerjaan:
- Memuat dan memunggah barang.
- Menurut arahan diberi dang menghantar barang ke destinasi yang ditentu.
- Melaporkan sebarang isu berkaitan stok yang dihantar dan diterima.
- Memeriksa & memastikan lori berada dalam keadaan yang baik.
- Mengemaskan barang dalam kilang dan menjalankan arahan kawalan kualiti seperti yang ditentu dan ditunjukkan.
Keperluan:
- Mesti adalah warganegara Malaysia.
- Mempunyai Lesen GDL (Lori 1-3 ton).
- Berumur 25-35 tahun dan sihat tubuh badan.
- Perwatakan kemas dan bersih.
- Tidak mempunyai rekod-rekod jenayah atau rekod-rekod salah laki lalulintas.
- Menepati masa, bersopan dan fokus dalam masa kerja.
- Boleh bekerja luar daerah.
- Mahir menggunakan aplikasi Whatsapp untuk hantar gambar dan menerima arahan serta juga Waze atau Google Maps untuk menghantar barang ke tempat yang ditentu.
- Tinggal berhampiran Johor Bahru akan diberi keutamaan.
Faedah & Elaun:
- Basic RM2,000 sehingga RM2,500
- Basic + Elaun
- Bonus
- Cuti tahunan
- Sosco + EIS + HRDF